CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 8, 2012

berikan aku kekuatan itu

kadang-kadang kita tak mampu nak puaskan hati semua pihak..buat orang gembira dengan apa yang kita lakukan dan terima segala yang terjadi sebagai takdir daripadaNya..tapi sudah menjadi lumrah manusia kita sentiasa ingin lakukan yang terbaik dan ingin kelihatan sempurna di mata mereka2 yang penting dalam hidup nie kan?yeah,macam tu juga aku.always want be the best.

tapi hakikatnya manusia tidak sempurna dan tidak akan pernah sempurna kerana yang kesempurnaan itu hanyalah penipuan yang nyata..mungkin aku kena terima hakikat tu.aku kena sedar,walau apa pun yang terjadi,dan seberat mana pun dugaan tu,semuanya telah ditetapkn olehNya.perjalanan hidup aku juga telah ditetapkan dengan sebaik2 perancangan..aku hanya mampu berusaha untuk mengubah nasib hidup aku,tapi bukan ketentuan takdirnya.subhanallah.

sepatutnya hati aku tak layak nak persoalkan semua nie..mengharapkan sesuatu yang memang tak ditetapkan untuk aku dan mengharapkan hadirnya kebahagiaan yang bukan tercipta untuk aku.kadang kala allah tak memberikan apa yang kita mahu bukan sebab kita tak berhak ke atas perkara tu,tapi sbb allah tahu kita berhak lebih baik daripada tu..aku tak sepatotnya rasa sedih bila apa yang aku terima tak sperti apa yang aku harapkan.bukan sesuatu yang mudah,hati manusia kita sendiri tak dapat nak duga..

ya allah,di saat ini aku hanya memerlukan sedikit kekuatan daripadaMu..aku mohon kau kuatkanlah hati aku lapangkanlah dada menerima segala ujian dan dugaanMu dan bukakan lah pintu hati aku untuk menerima segala takdirMu dengan hati yang tenang..aku perlukan satu dahan untuk berpaut.berpaut dari terus dihanyutkan arus dunia yang entah membawa aku ke mana.


andai masanya belum tiba ku pohon cintaku dikunci rapi..jangan izikan aku jatuh cinta jika ada yang tidak merestui.jika ini bukan masanya,Kau jaga lah hatiku ya allah..god,give me the strength..

satu perkara yang mudah but sometime its become very hard.....mengukir senyuman di bibir kadang-kadang menyembunyikan kedukaan tersembunyi di dasar hati.tapi hakikatnya hanya aku yang mengerti....
.nur rasyidah binti mohamad arif..







0 Coretan Chumill:

Post a Comment